Ramadan : Ibadah Tanpa Membebankan Bumi
Jika amalan berpuasa benar-benar mendidik kita tentang rasa cukup, jadi mengapakah pada setiap Ramadan berlakunya peningkatan sisa makanan? Mengapakah bulan yang sepatutnya melatih kesederhanaan berubah menjadi pesta pembelian tanpa kawalan? Sepatutnya, Ramadan menjadi satu bulan yang mendidik umat Islam menahan dan mengawal nafsunya bukan sahaja terhadap makanan dan minuman tetapi segala bentuk pembelian dan keinginan berlebihan.

