Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri : Keperluan atau Pilihan?

Pada 2 Mac 2026 negara menyaksikan satu detik penting dalam wacana reformasi institusi apabila cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal atau 10 tahun dibentangkan di Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut gagal diluluskan pada bacaan kedua apabila hanya memperoleh 146 undi sokongan, iaitu kurang dua undi daripada majoriti dua pertiga yang diperlukan di bawah Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.