Aidilfitri: Hari Kemenangan, Kesyukuran dan Kesiapsediaan

Memasuki 1 Syawal bermaksud umat Islam telah dikurniakan kesempatan untuk melalui satu bulan Ramadan yang penuh keberkatan, sebuah bulan yang mendidik jiwa, menundukkan nafsu dan menyuburkan nilai ketakwaan. Dengan limpah rahmat Allah Yang Maha Besar jua, kita dipertemukan dengan Aidilfitri, satu hari yang menandakan kemenangan bagi mereka yang berjaya menempuh madrasah Ramadan dengan penuh kepatuhan, kesabaran dan keikhlasan.