Kematian Akibat Pemanduan Mabuk : Antara Hukuman dengan Keadilan
“Nyawa dibalas nyawa.” Rintihan isteri mangsa yang terkorban dalam kemalangan menyayat hati di Klang 29 Mac lalu jelas menggambarkan harapan bagi mendapat keadilan. Kehilangan besar yang dialami telah meranapkan harapan dan mengorbankan tempat bergantung seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.

