Kesatuan Umat sebagai Antara Objektif Utama Ibadat Haji
Saban tahun, jutaan manusia dari seluruh pelosok dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan warna kulit telah dijemput untuk berkumpul di tanah suci bagi menyempurnakan ibadat haji. Sebagai ibadat penting dalam Islam, rukun Islam kelima ini mengandungi pelbagai hikmah yang perlu dihayati.

