Tanggungjawab Manusia sebagai Khalifah di Bumi Besar, Berat

ADA segolongan manusia yang berpendapat bahawa manusia dan alam dijadikan tanpa tujuan tertentu. Alam yang terbentang luas ini terdedah kepada pengolahan manusia sesuai dengan tingkat ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Manusia dan alam dianggap seperti satu sistem yang bertindak balas di antara satu sama lain dan tidak boleh dipisahkan. Pada pandangan mereka, hidup hanya untuk keperluan…

Pulihkan Hati Pengawas Ummah

Bertolak daripada pembangunan ummah sebagai dasar pembangunan, Islam membangunkan perkara-perkara yang meliputi kehidupan ummah secara menyeluruh yang termasuk antara lain bidang-bidang penyelidikan, ekonomi, pentadbiran, politik, kebudayaan, sosial dan sebagainya. Dalam proses pembangunan kehidupan dan penghidupan ummah ini, Islam bukan sahaja lengkap dengan teori pembangunannya, sejarah pembangunannya dan cara pelaksanaan pembangunannya tetapi Islam juga lengkap dengan…

Pembangunan Meliputi Perubahan Sahsiah

Persoalan pokok dalam pembangunan Islam ialah manusia dengan segala kemaslahatannya. Hal ini mencakupi bidang yang amat luas; tersimpul dalam kewujudan dan peranan manusia itu sendiri sebagai hamba dan khalifah Allah. Berpunca dari tanah lumpur yang kotor yang ditiupkan roh oleh Allah, manusia wujud dalam dua dimensi – rohani dan jasmani. Manusia diberi hak untuk memilih…

Perkara yang Mengharuskan Seni Suara dalam Islam

SENI suara sama ada bunyi-bunyian, muzik dan nyanyian adalah sebahagian daripada budaya hidup manusia. Setiap bangsa mempunyai seni suaranya tersendiri. Pada umumnya seni suara bertujuan mendapat hiburan dan keseronokan. Al-Quran memberi penjelasan yang teliti mengenai seni suara. Allah berfirman yang bermaksud : “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk…

Pembentukan Budaya Kerja Mengikut Cara Islam

RUANG lingkup ibadat dalam Islam amat luas dan ia merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap kegiatan yang dilakukan baik berkaitan individu mahupun masyarakat adalah ibadat menurut Islam selagi memenuhi syarat tertentu. Syarat itu ialah: Amalan yang dikerjakan hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum syarak dan tidak bercanggah dengan hukum itu. Amalan yang melanggar syariat Islam…

Teknologi dan Kejuruteraan di Zaman Kegemilangan Islam

Dari segi definasinya, kejuruteraan adalah tergolong dalam kumpulan sains gunaan yang dikaitkan dengan teori asas merekabentuk sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi kehidmat kepada manusia. Jelasnya, kejuruteraan adalah pemahaman sains tentang fenomena fizikal yang digunakan di dalam teknologi dan proses merekabentuk teknologi tersebut dengan menggunakan kaedah yang paling efisyen. Dalam hubungan teknologi dan…

Nilai Taqwa Dalam Kehidupan

Secara mudahnya perkataan atau konsep taqwa boleh didefinisikan sebagai pengabdian yang menyeluruh seseorang hamba kepada Tuhannya. Dari sudut kaedah al-Quran, taqwanya manusia terhadap Allah digerakkan oleh empat faktor asas iaitu takut, harap, sabar dan syukur. Takut kepada siksa Allah sekiranya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah; sentiasa mengharap rahmat dan nikmat Allah; sabar terhadap percubaan-percubaan…

Ibadah Dan Budaya Kerja

Ruang lingkup ibadah di dalam Islam amat luas sekali, dan ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap aktiviti yang dilakukan baik yang berkaitan dengan individu mahupun dengan masyarakat adalah ibadah menurut Islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut : 1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum-hukum…

Generasi Ulul Al-Bab Laksana Ajaran Islam Asal

SATU fenomena yang dihadapi umat Islam kini ialah kesan dan pengaruh pemodenan yang dicetuskan oleh kebudayaan Barat. Konsep pemodenan yang dikaitkan dengan kemajuan dan pembangunan dalam segala bidang, khususnya ekonomi serta sains dan teknologi, mengabui mata hampir seluruh umat manusia, termasuk umat Islam. Sesiapa yang mempersoal atau menolak pemodenan dicap sebagai kolot, konservatif dan ketinggalan…