Mesej Pulihara Hutan Masih Tidak Diendahkan

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berhubung aktiviti pencerobohan hutan dan pembalakan haram yang masih berleluasa pada bulan lepas jelas mencerminkan bahawa tahap kesedaran awam berhubung kepentingan menjaga khazanah hutan masih lagi berada pada tahap rendah. Walaupun telah banyak penguatkuasaan dilakukan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti pembalakan…

El-Nino Punca Cuaca Bercelaru

Kecelaruan dan perubahan cuaca dunia yang tidak menentu lewat kebelakangan ini memberi petanda bahawa fenomena El-Nino (yang juga dikenali sebagai ‘si anak kecil’ dalam bahasa sepanyol) berulang kembali. Namun kehadirannya pada kali ini tidaklah seteruk yang pernah berlaku pada tahun 1997-1998 (yang telah menyebabkan berlakunya jerebu, kemarau dan kepanasan yang melampau dengan suhu meningkat melebihi…

Pulihara Ekosistem Marin Atasi Ancaman Kepupusan

Usaha pemuliharaan kerang gergasi yang sedang dijalankan oleh Pusat Kajian Marin Ekologi (MERC) Gayana Eco Resort, Sabah  (seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia beberapa hari lepas) perlu disambut baik oleh semua lapisan masyarakat agar kesinambungan ekosistem marin terus terpelihara. Usaha tersebut yang merangkumi program penyemaian terumbu karang, penanaman bakau serta pembiakan rumpai laut dan kerang…

Hijrah Ke Arah Pelestarian Alam Sekitar

  Kedatangan tahun baru 1431 Hijrah mengingatkan kita kepada rentetan peristiwa penting yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Peristiwa tersebut merupakan hari bersejarah yang cukup istimewa bagi seluruh umat Islam dan menyingkap rahsia yang tersendiri. Ia bukan sahaja membawa kepada bermulanya perkiraan Takwim Hijrah, bahkan ia juga merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W. dari  Kota Mekah…

Hak Hidupan Liar Kian Terabai

Sikap segelintir pihak menidakkan hak hidupan liar untuk terus bermandiri serta berbakti kepada alam dan umat manusia demi kepentingan kebendaan semata-mata sangat dikesali. Sungguhpun telah banyak kempen kesedaran mengenai hakikat peri pentingnya hidupan liar terhadap keseimbangan alam sekitar dan ekosistem, namun ia seolah-olah tidak berbekas dan memberi kesan dalam sanubari segelintir kita semata-mata dek sikap…