Tazkirah Politik Cemarkan Tarawih

BULAN Ramadan telah berlalu dengan pantas sekali. Hari ini kita telah menunaikan ibadat puasa selama sebelas hari. Tetapi kita tidak pasti apakah amalan berpuasa ini benar-benar telah meninggalkan kesan yang baik terhadap diri kita dari segi pertuturan, tingkah laku, peningkatan kerohanian dan sebagainya. Hanya individu itu sendiri yang dapat menilai dan merasakannya. Yang amat diharapkan…

Ramadan Menawarkan Perubahan Radikal

SATU perkara penting yang dibawa Ramadan setiap tahun ialah perubahan radikal yang berlaku kepada beberapa sistem kehidupan manusia. Ketibaan bulan puasa mengubah peraturan makan minum, jadual tidur, beribadat sunat dan sistem lain, termasuk sistem penghadaman dan pencemaran yang melibatkan sistem biologi manusia. Sistem ini, atau sekurang-kurangnya beberapa aspek tertentu tentang peraturan ini, mengalami perubahan setibanya…

Rasuah Amalan Manusia Gelojoh

SEMAKIN berusia dunia ini, maka manusia di dalamnya merasa semakin resah dan gelisah. Segala krisis moral dan kerohanian, fizikal mental manusia yang berlaku hari ini pada umumnya adalah disebabkan manusia akhir zaman yang kelihatan semakin gawat dan resah. Manusia berebut pangkat dan benda dengan penuh gelojoh dan tamak, sehingga sanggup mengorbankan nilai-nilai moral kerohanian dan…

Teladani Akhlak Rasulullah

BANYAK perkara yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang meninggalkan kesan negatif kepada generasi muda. Satu perkara yang telah saya sentuh di dalam tulisan ini dua minggu lalu ialah teladan buruk yang berlaku di kalangan Ahli Parlimen ketika Menteri Kewangan mengemukakan ucapan Belanjawan 2000. Beliau diejek dan disorak serta dilemparkan dengan kata-kata kesat yang amat tidak…

Dua Aliran Ekstrem Ganggu Kemajuan Umat

MASALAH orang Melayu sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh masalah agama yang dianuti oleh mereka. Agama Islam menjadi anutan keseluruhan orang Melayu mengalami pelbagai penafsiran yang mengelirukan, oleh itu orang Melayu juga turut menjadi umat yang terkeliru. Isu wanita, sistem pemerintahan, ideologi dan kepercayaan, ilmu kebatinan, antara adat dan ajaran agama, dan berbagai-bagai isu lainnya amat…

Tiada Kekuatan Untuk Bantu Palestin

SEMASA berada di London beberapa hari yang lepas saya berpeluang membaca dan melihat pandangan sejagat, terutamanya pandangan orang Islam dari Eropah dan dunia Arab, tentang perkembangan berdarah yang berlaku di Palestin. Terdapat dua tiga saluran televisyen yang dipancarkan dari London, Dubai dan Qatar dalam bahasa Arab yang secara langsung menyiarkan suara dan pandangan pembicara dan…

Tidak Beramanah Punca Kerosakan

MENYEDARI akan segala gejala penyelewengan dan salah laku yang berlaku di dalam masyarakat kita, termasuk pembongkaran yang dilakukan oleh pihak Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini tentang lesen terbang yang dikeluarkan tanpa ujian kerana pemohonnya sanggup membayar sejumlah wang kepada beberapa pihak yang tertentu, di antaranya kepada orang-orang yang diamanahkan untuk pengeluaran lesen ini oleh…

Kekuatan Fizikal dan Mental Ummah Penting

PERHATIAN dunia yang tertumpu ke Sukan Olimpik 2000 di Sydney sekarang ini dengan sendirinya dapat menilai prestasi negara-negara yang mempunyai kekuatan untuk mendapatkan pingat. Melalui temasya sukan empat tahun sekali itu seluruh penduduk dunia dapat mengenali negara-negara asing, terutamanya negara-negara kecil yang tidak banyak menonjol di mata dunia, iaitu melalui acara sukan yang disertainya, terutamanya…

Ajaran Sesat Didorong Nafsu Seks

KOLEJ Universiti Islam Malaysia (KUIM) menerusi seminarnya pada 15 dan 16 September lalu memilih tajuk Ke Arah Pembasmian Kebatilan Dalam Ajaran Kebatinan sebagai temanya. Puluhan ajaran sesat telah dibicarakan, termasuk ajaran sesat yang berlaku di Singapura, Indonesia dan Brunei. Perbincangan tertumpu kepada penyelewengan akidah yang jelas dan terang. Ajaran sesat itu benar-benar bercanggah dengan akidah…