Pada 2 – 5 Mei IKIM telah mengadakan bengkel antarabangsa yang bertajuk “Toward Building Regional Platrform For Disaster Risk Reduction In Asia” dengan kerjasama Institut Penyelidikan Hidrulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan GRASS Malaysia. Ianya merupakan siri kelima yang diadakan sempena projek penyelidikan bersama selama tiga (3) tahun di antara Universiti Kyoto di Jepun dan IKIM. Bengkel ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam usaha mengurangkan risiko di Jepun, Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Objektif bengkel ini adalah membincangkan kaedah pengurangan risiko bencana di pelbagai negara selain untuk menjalin kerjasama dalam pengurangan risiko bencana di pelbagai negara. Bengkel ini juga mengetengahkan cadangan dasar untuk pengurangan risiko bencana dan dalam konteks Malaysia, akan dikaitkan dengan pengurusan bencana negeri, pendidikan bencana dan sebagainya.