IKIM telahpun menganjurkan Bicara Santai Wakaf Korporat bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 pada 31 Mac 2019 bertempat di Pentas Utama, PWTC, Kuala Lumpur.
Bicara ini diadakan khusus bersempena pelancaran buku terbitan IKIM bertajuk Filantropi Islam dan Wakaf Korporat di Malaysia. Buku ini adalah hasil daripada Seminar Filantropi dan Derma-Bakti Islam: Pendekatan Korporat dalam Konsep Wakaf yang merupakan usahasama antara IKIM dan JAWHAR yang diadakan sebelum ini.

Ahli panel terdiri daripada Tn. Hj. Mohammad Sahar Mat Din, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AWQAF Holdings Bhd dan Pn. Zarina Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah, JAWHAR akan membicarakan tajuk Filantropi Islam & Wakaf Korporat di Malaysia.
Semasa acara berlangsung, satu video tribute mengenai penglibatan Allahyarham Tan Sri Ali Hashim bagi menghargai usaha beliau dalam memartabatkan Wakaf Korporat di Malaysia turut akan ditayangkan.
