Kunjungan Universiti Sarajevo
Kunjungan hormat Assoc. Prof. Zuhdja Hasanovic, Dean Hadith Scholar, Universiti Sarajevo, Bosnia pada 5 April.
Kunjungan hormat Assoc. Prof. Zuhdja Hasanovic, Dean Hadith Scholar, Universiti Sarajevo, Bosnia pada 5 April.
Kunjungan hormat H.E Haddzrat Albir R. Karganov, Mufti Rusia (empat dari kanan) dan HE Linar Yakupov, Penasihat Perdana Menteri Republik Tatarstan pada 4 April.
IKIM dengan kerjasama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR University College) telah mengadakan program Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama pada 4 April bertempat di TARC. Aspek kelestarian menjadi tema fokus pada dialog ini kerana ia merupakan satu isu yang dihadapi bersama oleh manusia sejagat. Datuk Dr. Tan Chik Heok, Presiden TARC telah menyampaikan ucapan aluan…
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Dialog Antara Agama “Tindak Balas Komuniti Agama Terhadap Bantuan Bencana” pada 28 Mac. Penyertaan daripada pelbagai wakil NGO, sukarelawan/ sukarelawati, agensi kerajaan berkaitan dan wakil-wakil media seperti Islamic Aid Malaysia, Pertubuhan Belia Sikh Malaysia, Kairos Dialogue Network, Malaysian Youth Council dan Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Hindu, Sikh…
IKIM dengan kerjasama EMBARA telah mengadakan satu ceramah perdana oleh Sheikh Dr. Umar Faruq Abdullah yang bertajuk “Mengapa Agama Penting” pada 25 Mac. Turut berlangsung adalah pelancaran CD bertajuk “Sebab, Alam & Tradisi Islam, Konteks Kontemporari” oleh Dr. Umar Faruq Abdullah.