IKIM dengan kerjasama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR University College) telah mengadakan program Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama pada 4 April bertempat di TARC. Aspek kelestarian menjadi tema fokus pada dialog ini kerana ia merupakan satu isu yang dihadapi bersama oleh manusia sejagat.
Datuk Dr. Tan Chik Heok, Presiden TARC telah menyampaikan ucapan aluan di program tersebut. Ahli panel pada program tersebut terdiri daripada En. Vidyananda K.V.Soon yang mewakili agama Buddha, Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin mewakili agama Islam, Dr. M. Bala Thamalingam mewakili agama Hindu dan Prof. Dr. Esther Gnanamalar Sarojini A Daniel mewakili agama Kristian.

Datuk Dr. Tan Chik Heok, Presiden TARC menyampaikan ucapan

Barisan ahli panel

Salah seorang pelajar bertanyakan soalan