Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Dialog Antara Agama “Tindak Balas Komuniti Agama Terhadap Bantuan Bencana” pada 28 Mac.
Penyertaan daripada pelbagai wakil NGO, sukarelawan/ sukarelawati, agensi kerajaan berkaitan dan wakil-wakil media seperti Islamic Aid Malaysia, Pertubuhan Belia Sikh Malaysia, Kairos Dialogue Network, Malaysian Youth Council dan Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Hindu, Sikh dan Tao membantu program dialog ini mencapai objektifnya.