Pelancaran Koleksi Khas Tamadun Islam Perpustakaan IKIM oleh Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid

Bersempena dengan penamaan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia untuk tahun 2020 oleh UNESO, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mempersembahkan koleksi khasnya berkenaan Tamadun Islam yang pertama kali diperolehi pada 2008 dalam acara jemputan dan disiarkan secara langsung di pelbagai pentas media sosialnya. Majlis Pelancaran Koleksi Khas tersebut telah disempurnakan oleh Tun Ahmad Sarji…

YBhg. Datuk Dr. Azizan Baharuddin menyampaikan Ucaptama-“Seminar Climate Change: Scale, Impact and Urgency”.

YBhg. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menyampaikan ucaptama bertajuk “Islamic Declaration on Climate Change (IDCC): Guidelines for Empowering Sustainable Development Goals (SDG)” dalam Seminar “Climate Change: Scale, Impact and Urgency” anjuran Pusat Sistem Perubahan Iklim Tropika (IKLIM), IPI dengan kerjasama Kursi Perubahan Iklim UKM-YSD dan Pusat Penyelidikan Ekosistem…

Ceramah “Nilai-Nilai Bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)” dan Majlis Penyampian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 & Anugerah Khidmat Setia 2020

Bersempena Majlis Penyampian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 & Anugerah Khidmat Setia 2020 telah diadakan satu Ceramah bertajuk “Nilai-Nilai Bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)”. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi IKIM pada 14 Ogos 2020 di Dewan Besar IKIM.

Malam Apresiasi Ulang Tahun Radio IKIM 19

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia telah menyambut ulang tahunnya yang ke-19 pada 6 Julai 2020.  Dalam pelaksanaan Norma Baharu, penganjuran Malam Apresiasi Ulang Tahun Radio IKIM 19 telah diadakan secara atas talian (online) dan dapat ditonton di media sosial Facebook IKIMfm dan Youtube, selain disiarkan secara langsung di Radio IKIM pada 20 Julai 2020 jam 9.00…