
Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia telah menyambut ulang tahunnya yang ke-19 pada 6 Julai 2020.
Dalam pelaksanaan Norma Baharu, penganjuran Malam Apresiasi Ulang Tahun Radio IKIM 19 telah diadakan secara atas talian (online) dan dapat ditonton di media sosial Facebook IKIMfm dan Youtube, selain disiarkan secara langsung di Radio IKIM pada 20 Julai 2020 jam 9.00 malam.

Sesuai dengan fungsi Radio IKIM, iaitu sebagai medium dakwah kepada pelbagai golongan masyarakat, penglibatan Ahli Lembaga Pengarah IKIM seperti Datuk Dr. Abdul Munir Yaakob, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Isahak Haron, Datu Hj. Misnu Hj. Taha, Prof. Taufiq Yap Abdullah dan ramai lagi, bakal berkongsi ilmu bertemakan peranan Radio IKIM dalam membantu golongan muallaf, sains dan Islam, radio sebagai medium pendidikan Islam, memupuk perkembangan aqli dan naqli, dan banyak lagi. Ia juga turut dijayakan oleh penasyid dan artis yang telah menyumbangkan karya menerusi lagu-lagu yang disiarkan sejak radio IKIM ditubuhkan sehingga kini, seperti kumpulan nasyid Rabbani, Far East, Awla (gabungan kumpulan nasyid Nowseeheart dan Saujana), Fadzli Far East, Naim Mirwana dan Khai Bahar