Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan Dialog Anatara Penganut Agama “Panduan Agama Dalam Menangani Krisis Alam Sekitar”, pada 24 Oktober 2015 di Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Dialog diadakan bertujuan untuk menjelaskan perspektif agama mengenai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan membincangkan bagaimana kefahaman tentang nilai agama oleh setiap penganut agama masing-masing amat perlu dapat membantu dalam menangani isu-isu alam sekitar.