IKIM dengan kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menganjurkan program Diskusi Meja Bulat Wakil Pelbagai Agama pada 23 Januari di Dewan Besar IKIM. Objektif utama program ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan buah fikiran daripada wakil pelbagai agama berkaitan isu-isu pembentukan komuniti pintar di Malaysia di masa hadapan. Ianya dilihat dari aspek kerohanian, kebudayaan, kejiwaan serta kepelbagaian agama dan masyarakat yang berhadapan dengan cabaran pembangunan pesat sains dan teknologi.
Share this post
