Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas dilantik semula sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bagi penggal kedua. Perlantikan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu berkuatkuasa mulai 1 Jun 2007 hingga 1 Jun 2009.
Dr. Syed Ali , 42 mula dilantik sebagai Ketua Pengarah IKIM pada 1 Jun 2005.
Dr. Syed Ali berkata IKIM akan terus menggandakan usaha untuk meningkatkan kefahaman Islam baik di Malaysia mahupun di peringkat dunia.
Dr. Syed Ali merupakan kelulusan PhD dalam Pemikiran dan Sains Islam, Sarjana dalam Biologi, daripada Universiti of North Carolina, Amerika Syarikat.
Dr. Syed Ali merupakan Ketua Pengarah IKIM yang ketiga.
IKIM ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bertujuan mencerminkan kefahaman Islam yang tepat kepada orang ramai melalui pelbagai usaha, seperti penyelidikan, seminar, bengkel, forum, perundingan, latihan dan penerbitan.