- Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee).
- Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS)
1.1 | (a) | Jawatan: |
|
Felow (Gred DQ48)
(Nota: Jawatan ini setaraf dengan Gred 48 dalam Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia) |
(b) | Kumpulan: | Pengurusan dan Profesional | ||
(c) | Taraf Jawatan: | Kontrak satu (1) tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan. | ||
1.2
|
Jadual Gaji:
|
Minimum RM5,713.00
Maksimum RM12,014.00 Kenaikan gaji tahunan RM270.00 (Tawaran gaji permulaan adalah berdasarkan gaji sekarang, kelayakan, pengalaman, dan jumlah maksimum dalam Jadual di atas) |
||
1.3 | (a) | Elaun | ||
(i) Keraian: | RM600.00 | |||
(ii) Perumahan:
(iii) Bantuan Sara Hidup: |
RM700.00
RM300.00 |
|||
1.4 | Syarat Lantikan: | Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: | ||
(a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(b) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana daripada Universiti-universiti Awam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam bidang berkenaan Ekonomi dan Kewangan atau bidang-bidang yang seumpamanya; (c) Mempunyai pengalaman penyelidikan tidak kurang daripada 6 tahun di Institut Pengajian Tinggi atau Institusi Penyelidikan sama ada dalam sektor awam mahupun swasta; (d) Telah menghasilkan kajian dan penulisan yang bernas serta bermutu tinggi dalam bidang tersebut atau bidang-bidang berkaitan yang sesuai mengikut penilaian IKIM serta berpengalaman dalam penulisan, penyuntingan dan penterjemahan buku atau jurnal. Sila sertakan salinan hasil kajian dan penulisan seperti makalah jurnal;; (e) Kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris adalah ciri yang ditekankan. Sila sertakan bukti MUET atau yang setaraf; (f) Kemahiran merujuk kepada sumber-sumber Islam dalam Bahasa Arab akan dinilai sebagai satu kelebihan; dan (g) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja yang sewajarnya, dan kemahiran menggunakan komputer. |
||||
1.5
|
Antara Bidang Tugas& Tanggungjawab Utama:
|
(a) Mengusahakan kegiatan-kegiatan ilmiah bermutu berkaitan tema dan bidang yang sesuai dengan matlamat dan peranan IKIM amnya dan Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan (EMAS) khasnya, seperti penyelidikan dan perundingan,penulisan dan penerbitan, pengisian program sama ada dalam media elektronik atau bukan elektronik, dan yang sebagainya.
(b) Membantu ke arah menjadikan pentadbiran IKIM amnya dan Pusat EMAS khasnya lancar serta berkesan. (c) Membantu dalam penyeliaan akademik dan pemupukan sahsiah para pegawai dan warga kerja Pusat EMAS. |
||
1.6
|
Cara Permohonan:
|
Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 KUALA LUMPUR (u.p.: Unit Modal Insan) Tel: 03-62046303 Faks: 03-62014189 sebelum atau selewat-lewatnya pada 5 MAC 2020. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses. Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup. |