Satu Forum Bicara Ad Deen sempena Ulangtahun IKIMfm ke-17 telah diadakan pada 9 Ogos (Khamis) bertempat di IKIM. Progam ini diadakan sempena kempen sambutan ulang tahun IKIMfm ke-17. Forum yang bertajuk “Peranan institutsi agama dalam mempromosikan amalan hijau” menampilkan panelis yang teridir daripada YB Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM sementara Dj Syafiq Zulakifli bertindak sebagai moderator.
Program yang diadakan sempena ulangtahun IKIMfm ke-17 merupakan salah satu usaha dalam memberi kesedaran kepada pendengar tentang kewujudan IKIMfm dalam arena penyiaran tanah air. Ia juga merupakan sebagai sebahagian rangka promosi IKIMfm bersama media lain; dan platform untuk mempromosikan peranan IKIM dan IKIMfm di dalam menyampaikan kefahaman Islam di kalangan masyarakat.
Siaran IKIMfm menggabungkan program yang bersifat ilmu di samping hiburan yang mendidik jiwa. IKIMfm turut menyajikan pelbagai maklumat melalui siaran berita yang disiarkan lima kali sehari selain liputan khas program anjuran IKIM dan agensi kerajaan juga laporan khas yang diterbit dan disiarkan pada setiap Jumaat di dalam siaran berita jam 8.00 pagi. Sekitar 90% program IKIMfm dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris.
Satu majlis penyerahan royalti kepada penyumbang audio buku terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. turut diadakan. Antara penerima royalty tersebut adalah Datuk Prof. Dr. Muhaya Muhammad untuk buku bertajuk “Lasik Untuk Jiwa”, Dato’ Badli Shah Alauddin buku bertajuk “Segelas Air Segenggam Kopi”, Ustaz Muhammad Abdullah buku bertajuk “Golden Rule” dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi buku bertajuk “Laba Di Sebalik Bala”. Majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah daripada pelajar Maahad Tahfiz Masjid Ar-Ridhuan, Ampang, Selangor.

YB Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebagai panelis bersama Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM.

Dj Syafiq Zulakifli sebagai moderator forum.

Hjh. Nik Hasnah ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

YB Timbalan Menteri manyampaikan royalti kepada Ustaz Pahrol Mohd Juoi

YB Timbalan Menteri bersama Ketua Pengarah IKIM

YB Timbalan Menteri menerima Deklarasi Alam Sekitar daripada IKIM.

Kumpulan Qasidah daripada Maahad Tahfiz Masjid Ar-Ridhuan, Ampang, Selangor

Barisan penulis bersama tetamu kehormat dan pihak Galeri Ilmu Sdn. Bhd.