Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil telah dilantik semula oleh YAB Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) untuk tempoh tiga tahun mulai 3 Februari 2025 sehingga 2 Februari 2028.
Beliau telah memulakan perkhidmatannya di IKIM sebagai Ketua Pengarah pada 3 Februari 2022.
Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam dilahirkan pada 18 Jun 1966 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang syariah daripada Universiti Malaya (UM) pada 1990.
Beliau seterusnya menyambung pengajian pasca sarjananya sehingga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan undang-undang pada 2007 daripada School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom (UK). Kerjayanya dalam dunia akademik bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dari 1990 hingga 2020.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) dari 1 April 2013 sehingga Februari 2022. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Syariah, Kumpulan CIMB dari 2014 hingga 2017.
IKIM mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan semula ini dan berharap di bawah kempimpinan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam akan membawa IKIM ke tahap yang lebih cemerlang serta memberi impak yang lebih signifikan kepada masyarakat di negara ini dan di peringkat antarabangsa.
Sekian, Terima Kasih.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT IKIM
Pn. Hajah Nik Hasnah binti Ismail : 016-219 5345 ([email protected])
En. Sharuzi bin Ismail : 010-4026 6200 ([email protected])
31 Januari 2025 bersamaan 1 Syaaban 1446H