Radio IKIM (IKIMfm) telah menganjurkan satu Konvensyen Pesona D’Zahra pada 22 Oktober 2016 di Dewan Besar IKIM dengan menampilkan penceramah tersohor daripada Indonesia iaitu Ustazah Halimah Alydrus. Penganjuran konvensyen ini adalah bagi memenuhi permintaan di kalangan pendengar wanita yang mahu program ilmu seumpama ini dianjurkan secara langsung bagi memudahkan golongann itu bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan fikh wanita dan rumahtangga.
Konvensyen ini turut menjemput Ust. Ahmad Dusuki Abdul Rani, Ust. Muhamad Abdullah al-Amin dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki. Manakala moderator terdiri daripada penyampai-penyampai IKIM iaitu Pn. Maslina Alias, Hjh. Nik Hasnah Ismail, Hjh Fairuz Noordin, Pn. Mona Jasman dan Hjh Mazlina Ismail. Diharapkan konvensyen ini menjadi wadah ilmu bagi golongan wanita dalam memupuk keharmonian rumahtangga di samping dapat membina bahtera perkahwinan raudatus sakinah.
Ceramah daripada Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dengan tajuk Wanita Jalammu ke Surga.
Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat Media IKIM menyampaikan cenderahati kepada
Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani
Hjh Mazlina Ismail sebagai moderator semasa sesi Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin
Sesi Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dengan tajuk Kenali Pasanganmu Dapatkan Kebahagianmu
Ceramah Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin dengan tajuk Kenali Pasanganmu Dapatkan Kebahagianmu.
Peserta mengaminkan doa yang dibacakan oleh Ust Muhammad Abdullah al-Amin.
Peserta berpuas hati dengan isi kandungan yang disampaikan sepanjang konvensyen berlangsung.
Para peserta begitu khusyuk mendengar ceramah yang sedang disampaikan.
Salah seorang peserta mengemukakan soalan.
Jualan buku terbitan IKIM turut menjadi perhatian peserta.
IKIM turut menyediakan barangan cenderahati untuk dijadikan koleksi peribadi.
Tidak ketinggalan jualan CD keluaran IKIM yang menjadi tumpuan peserta.