
Program Kursus Lanjutan “Pengurusan Harta Keluarga Islam” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah pun selesai dilaksanakan dengan jayanya pada 1 dan 2 November 2021. Program ini merupakan kursus lanjutan selepas kursus di peringkat asas yang dianjurkan pada tahun 2019, 2020 dan Mac 2021. Seramai 25 orang peserta dengan pelbagai latar belakang telah menyertai kursus ini.

Kemuncak kepada program ini ialah Latihan dalam Kumpulan (LDK) yang disediakan oleh pihak penganjur. Peserta dipecahkan kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberikan satu soalan kuiz yang berkaitan dengan permasalahan dalam pengurusan harta keluarga Islam. Mereka akan berbincang sesama sendiri terlebih dahulu dan selepas itu setiap kumpulan perlulah membuat pembentangan oleh wakil kumpulan bagi melihat kefahaman mereka terhadap soalan, dan kemahiran mereka dalam mengendalikan atau menguruskan permasalahan yang diberikan. Pembentangan diulas oleh pembentang-pembentang yang bertindak sebagai pembimbing. Program berakhir sekitar jam 4.30 petang.