Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) telah membuat lawatan kerja ke IKIM bagi tujuan meneroka kerjasama strategik yang boleh diusahakan bersama dalam memperkasakan institut latihan disamping berkongsi idea pada 25 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat, Blok A. Pengarah ILDAS beserta 7 orang pegawai kanan ILDAS yang lain turut hadir.
