14 Disember 2018, IKIM menerima lawatan daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenali IKIM lebih mendalam serta mengetahui proses gerak kerja, bahan-bahan terbitan dan pengendalian Radio IKIMfm.

En. Muhammad Hisyam Mohamad, Felow Pusat Kajian EMAS IKIM menyampaikan cenderahati IKIM kepada Ketua Rombongan Lawatan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.