IKIM telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Renggam, Kluang Johor pada 25 Januari 2018. Taklimat umum mengenai IKIM telah disampaikan oleh En. Mohd. Noor Omar, Felo di Pusat Syariah, Politik dan Undang-undang IKIM. Manakala Hajah Fairuz Hj. Noordin telah menyampaikan taklimat mengenai Radio IKIM kepada para pelajar dan guru pengiring sekolah tersebut.

En. Mohd Noor Omar (kiri) menerima cenderahati daripada guru pengiring.

Hjh Fairuz (kanan) ketika memberikan taklimat.

Para pelajar SMK Simpang Renggam bergambar beramai-ramai.