Majlis Pelancaran 6 buah buku baru IKIM terbitan Penerbit IKIM yang telah disempurnakan oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi IKIM yang telah diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 pada 1 April 2019. Turut sama di majlis pelancaran tersebut ialah Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah, para penulis dan penyunting. Majlis diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC, Kuala Lumpur.
Buku-buku yang dilancarkan adalah :
1) Harmony between Religion and Science: An Islamic Perspective
2) Islam dan Pemuliharaan Biodiversiti
3) Daging Kultur: Sejarah, Konsep dan Hukum Islam
4) Al-Quran dan Peradaban
5) Filantropi Islam dan Wakaf Islam di Malaysia
6) E-Buku – Islam dan Pemuliharaan Hidupan Liar


