
YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) diiringi oleh barisan Ketua Agensi yang terlibat
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadan Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H / 2019M -Ramadan Tanpa Pembaziran yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) pada 29 April 2019 bertempat di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Inisiatif pencegahan pembaziran makanan ini amat sesuai dengan aspek “alami” dalam konsep Masjid RAHMAH, dan selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals terutamanya matlamat ke-12 iaitu Penggunaan dan Pengeluaran Yang Bertanggungjawab (Responsible Consumption and Production).
Penganjuran inisiatif turut melibatkan agensi-agensi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) dan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia serta beberapa NGO penggerak pencegahan pembaziran makanan.
Di antara objektif program adalah seperti berikut:
- Menerapkan kesedaran kepada umat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya bahawa pembaziran makanan adalah perbuatan yang amat dilarang dalam agama kerana ia membawa kepada pembaziran sumber dan memudaratkan alam sekitar.
- Menggerakkan institusi masyarakat khususnya masjid sebagai pemangkin kepada usaha pencegahan pembaziran makanan dengan bermula di peringkat kariah sesuai dengan konsep Masjid RAHMAH.
- Menerangkan inisiatif-inisiatif yang diambil oleh pelbagai pihak dalam memastikan pembaziran makanan dapat dikurangkan.

Forum Marhaban Ya Ramadan yang disampaikan oleh
Dr. Mohd Pauze bin Mohamad Taha, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp dan Pn. Azrina Sobian, Felow, IKIM

