IKIM dengan kerjasama TNB Research Sdn Bhd telah menganjurkan satu muzakarah pakar pada 9 Mac yang mensasarkan kepada topik mikrologi untuk tujuan Pengumpulan dan Penyimpanan Karbon atau Carbon Capture and Storage (CCS) dan juga Pengumpulan dan Penggunaan Karbon atau Carbon Capture Utilisation (CCU) yang sudah lama diguna pakai oleh negara-negara maju sejak tahun 2000.
Matlamat muzakarah ini adalah mewujudkan kefahaman Islami mengenai isu pengubahsuaian genetik dan penilaian risiko alam sekitar di samping dapat memberikan input dasar-dasar dan pembentukan prosedur kendalian kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perlaksanaan CCS/CCU dan juga industri berasaskan bioteknologi di Malaysia.