
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah mengadakan Muzakarah Pakar dengan tema “Peranan Saling Melengkapi Antara Lelaki Dan Wanita Menatijahkan Kemakmuran” secara dalam talian yang disiarkan secara langsung dalam pelbagai pentas media sosialnya pada Jumaat, 9 April 2021.

Muzakarah pakar ini antara lain bertujuan untuk mencungkil potensi peranan saling melengkapi antara lelaki dan perempuan dalam memakmurkan negara, baik dalam ruang lingkup keluarga; tempat kerja, mahupun masyarakat. Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, menyampaikan ucapan tema yang antara lainnya menyentuh tentang konsep peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita dalam Islam; kedudukan lelaki dan wanita dari perspektif Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Keluarga Islam; dan, bagaimana peranan saling melengkapi antara lelaki dan wanita ini dapat meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Seramai tiga (3) orang pembentang iaitu Prof. Madya Dr. Khalif Muammar Bin A. Harris, Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains Peradaban Raja Zarith Sofea (RZS-CASIS) Universiti Teknolgi Malaysia; Prof. Madya Dr. Sharifah Hayati Binti Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Syar’iyyah Universiti Malaya; Prof. Dr. Najibah Binti Mohd Zin dari Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan tiga (3) orang pengulas yang terdiri daripada pakar-pakar dalam isu-isu wanita, keluarga dan undang-undang yang berkaitan telah memberikan input masing-masing mengenai tema ini