Satu majlis pelancaran buku baharu terbitan IKIM dengan kerjasama Galeri Ilmu Sdn. Bhd. telah diadakan pada 1 Mei di PWTC Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Empat judul buku tersebut merupakan program-program yang bersiaran di IKIMfm dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan (buku). Judul buku yang dilancarkan adalah:
i) Golden Rule (Peraturan Emas) oleh Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin
ii) Lasik untuk Jiwa oleh Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
iii) Segelas Air Segenggam Kopi oleh Datuk Ust. Badli Shah Alauddin
iv) Laba di Sebalik Bala oleh Ustaz Pahrol Mohd. Juoi