Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah melantik semula Y.Bhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid sebagai Pengerusi IKIM bagi penggal ke lapan. Pelantikan ini berkuatkuasa pada 16 Mac 2008 hingga 15 Mac 2010. Beliau adalah pengasas IKIM dan mula dilantik oleh YA Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1992.
Keyakinan YAB Perdana Menteri terhadap kepimpinan Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid membuktikan bahawa beliau telah berjaya memimpin IKIM ke arah peningkatan kefahaman Islam yang sebenarnya.
Y. Bhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri. Dengan kepercayaan tersebut IKIM, akan terus menggiatkan dan menggandakan lagi usaha dan kegiatan yang akan dan sedang dirancang dengan keazaman yang tinggi untuk meningkatkan kefahaman Islam di Malaysia mahupun di pentas dunia.