
Sesi penyerahan bahan penerbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kepada pihak Kedutaan Uzbekistan telah diadakan pada 10 Julai 2020. Sesi penyerahan berkenaan adalah kesinambungan daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan tiga institusi Islam yang penting di Uzbekistan iaitu Center of Islamic Civilization, Imam Bukhari International Research Centre dan International Islamic Academy of Uzbekistan pada 4 Jun 2020.
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid kepada Kedutaan Besar Uzbekistan di Malaysia H.E. Mr. Ravshan Usmanov. Antara bahan terbitan IKIM yang telah disampaikan adalah jurnal TAFHIM IKIM: Journal of Islam and the Contemporary World (Vol.12, No.1 & No. 2), buku Islam & Higher-Order Thinking An Overview, Good Governance Adab-Oriented Tadbīr in Islam, An Islamic Paradigm in Economics: Vision and Mission, Religion, Dialogue and Peaceful Coexistence, Harmony between Religion & Science: An Islamic Perspective dan Islamic Scientific Tradition in History.