Bengkel yang telah diadakan pada 14–16 Mac ini telah dihadiri seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada NGO pelbagai agama dan ahli akademik dari dalam dan luar negara seperti Sri Lanka, Amerika Syarikat, Britain, Thailand, India dan Filipina telah hadir. Melalui bengkel ini, IKIM telah berpeluang memberi penjelasan kepada beberapa wakil NGO dan sarjana/akademik daripada kalangan bukan Islam mengenai prinsip-prinsip yang berkaitan dengan konsep-konsep seperti demokrasi, ‘masyarakat sivil’ dan ‘keperlembangaan’. Perkongsian idea dan pandangan IKIM bersama sarjana yang dijemput adalah penting kerana ia akan mewujudkan ruang untuk perbincangan lanjut dan ilmiah mengenai isu-isu yang dibangkitkan dan untuk lebih memahami konsep-konsep tersebut dalam konteks masyarakat majmuk kontemporari.