Sekali lagi Program Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama telah berlangsung. Kali ini program diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka pada 5 Mei bersempena Karvival Kemukjizatan AL-Quran Peringkat Kebangsaan 2017 yang berlangsung pada 5 – 7 Mei di UTeM.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd. Ridzuan Nordin, Penolong Naib Canselor, Pengurusan & Pembangunan Fasiliti UTeM pada majlis tersebut yang diadakan pada sebelah malam. Ahli panel pada program tersebut terdiri daripada En. Vidyananda K.V.Soon yang mewakili agama Buddha, Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin mewakili agama Islam, Dr. M. Bala Thamalingam mewakili agama Hindu dan Prof. Dr. Esther Gnanamalar Sarojini A Daniel mewakili agama Kristian. Manakala moderator ialah Prof. Dr. Zaid Ahmad dari Universiti Putra Malaysia.

Prof. Dr. Mohd. Ridzuan Nordin telah menyampaikan uapan aluan.

Barisan ahli panel

Pelajar bertanyakan soalan