Dalam kegembiraan menyambut kedatangan Syawal sewajarnya kekuatan dan keazaman dengan sifat-sifat yang terpuji yang telah kita semai di sepanjang bulan Ramadan yang baru sahaja kita tinggalkan tidak pudar. Hendaknya semangat Ramadan yang sedemikian dapat kita teruskan di bulan syawal ini, malah di bulan-bulan yang lain bukanlah terhad kepada kedua-dua bulan tersebut.
Sempena sambutan Aidilfitri ini, Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm menyajikan pelbagai program menarik dan istimewa. Antara program khas yang akan disiarkan adalah;-
Lambaian Kaabah – program hari raya Aidilfitri khusus untuk persediaan ibadat haji . Siaran ini mengambil sempena 30 hari terakhir sebelum jemaah haji berlepas ke tanah suci Makkah pada 1 Zulkaedah 1428H. Kebiasaannya para bakal haji menumpukan perhatian kepada persediaan terakhir dan 1 Syawal disambut dengan penuh debaran kerana tarikh berangkat telah terlalu hampir. (LK) merupakan sesi soal jawab hal ehwal ibadat haji khusus kepada bakal-bakal haji 1428H; Aidilfitriku, Keluargaku – rancangan ini mengisahkan bagaimana saudara baru menyambut Aidilfitri bersama keluarga yang tinggal sebumbung di Sabah dan Sarawak dan sambutan Aidilfitri oleh saudara baru dengan keluarga yang belum menganut agama Islam di Semenanjung Malaysia; Tell Me More (Aidilfitri) – rancangan ini memberi kupasan tentang mengapa dan bagaimana Aidilfitri diraikan. The Joys of Aidilfitri – rancangan membincangkan rahsia Aidilfitri Sayyid Musalkazim; Seronoknya – rancangan yang meninjau perasaan kanak-kanak setelah selamat sebulan berpuasa dan kini menyambut Aidilfitri.
Bersama ini disertakan maklumat dan Jadual bagi program khas Ramadhan IKIM.fm 2007.
Rancangan Sempena Aidilfitri Bagi Tahun 1428h / 2007
BIL. | TAJUK RANCANGAN | PEGAWAIBERTUGAS | HARI/KEKERAPAN | MASAUDARA | ISI KANDUNGAN RANCANGAN |
1. | Durul Hikmah I | En. Zamri b. Zainal Abidin | Sabtu13/10 | 0730(15′) | Aidilfitri masa untuk bergembira dan bermaaf-maafan. Di samping itu, amalan berpuasa pula diteruskan. |
2. | Durul Hikmah II | En. Zamri b. Zainal Abidin | Isnin15/10 | 730(15′) | Aidilfitri masa untuk bergembira dan bermaaf-maafan. Di samping itu, amalan berpuasa pula diteruskan |
3. | Durul Hikmah III | En. Zamri b. Zainal Abidin | Selasa16/10 | 0730(15′) | Aidilfitri masa untuk bergembira dan bermaaf-maafan. Di samping itu, amalan berpuasa pula diteruskan |
4. | Salam Kampus I | En. Mohd Erwan | Ahad14/10 | 1200(3 jam) | Ucapan Aidilfitri daripada Pelajar-pelajar menara gading |
5. | Salam Kampus II | En. Mohd Erwan | Ahad14/10 | 1200(2 jam) | Ucapan Aidilfitri daripada Pelajar-pelajar menara gading |
6. | Aidilfitri Bersama Artis | En. Mohd Erwan | Isnin15/10 | 2100(2jam) | Temubual dengan artis-artis nasyid terkemuka di Malaysia dan meminjau bagaimana mereka menyambut Aidilfitri bersama keluarga, sahabat handai dan peminat. |
7. | Sketsa Aidilfitri | Puan Nik Hasnah | Ahad14/10 | 1115(30′) | Berkisar kepada sambutan Aidilfitri oleh keluarga IKIM. fm |
8. | Mencari kasih kepada yang sudi | Puan Nik Hasnah | Ahad14/10 | 1815(30′) | Mengisahkan anak-anak yatim menyambut Aidilfitri tanpa ibu dan tanpa bapa. |
9. | Kenangan di Perantauan | Encik Mahathir Shaharuddin | Ahad14/10 | 0900(30′) | Pengalaman mereka yang berhari raya jauh dari kaum keluarga dan kampung halaman |
10. | Aidilfitri, Satu Amalan | Encik Mahathir Shaharuddin | Ahad14/10 | 1000(10′) | Mengisahkan bagaimana menyambut Aidilfitri mengikut Islam yang mengamalkan kesederhanaan untuk menjaga kesihatan. |
11. | Amalan Ramadhan Diteruskan | Apakah amalan bulan Ramadhan yang lalu diteruskan walaupun telah menyambut Aidilfitri | |||
12. | Aidilfitriku, Keluargaku | Cik Maslina Alias | Isnin15/10 | 1000(30′) | Mengisahkan bagaimana saudara baru menyambut Aidilfitri bersama keluarga yang tinggal sebumbung. Sabah dan Sarawak |
13. | Aidilfitriku, Keluargaku | Cik Mazlina Ismail | Isnin15/10 | 0900(30′) | Sambutan Aidilfitri oleh saudara baru dengan keluarga yang belum menganut agama Islam di Semenanjung Malaysia |
14. | Tell Me More (Aidilfitri) | Cik Mazlina Ismail | Ahad14/10 | 0800(20′) | Encik Mohd Asham, Felo IKIM membincangkan tentang mengapa dan bagaimana Aidilfitri diraikan. |
15. | Pantun Nasihat (Aidilfitri) | Cik Siti Rohani Surani | Ahad14/10 | 2200(2 jam) | Banyak amalan baik yang perlu diikuti semasa menyambut Aidilfitri. Kongsikan pantun-pantun nasihat ini bersama Penerbit Rancangan Siti Rohani Surani. |
16. | Seronoknya | Cik Maslina Alias | Sabtu13/10 | 1400(1 jam) | Meninjau perasaan kanak-kanak setelah selamat sebulan berpuasa dan kini menyambut Aidilfitri. |
17. | The Joys of Aidilfitri | Cik Mazlina Ismail | Ahad14/10 | 0700(30′) | Aidilfitri mempunyai ‘rahsianya’. Apakah rahsia Aidilfitri Sayyid Musalkazim bincangkan rancangan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris. |
18. | Ihdaa’ (Raya) | Puan Mona Jasman | Selasa16/10 | 2100(2 jam) | Program terdiri daripada surat-surat pendengar yang dihantar dan panggilan dari pemanggil-pemanggil untuk sampaikan ucapan |
19. | Dunia Al-aftal (Raya) | Puan Mona Jasman | Sabtu13/10 | 1000(2 jam) | Khas untuk kanak-kanak pengdengar mempelajari abjad-abjad bahasa Arab, kisah Nabi, nasyid kanak-kanak, kuiz Islam dan cerita-cerita yang berkaitan dengan akhlak, alam sekitar, kad kreatif dan lain-lain cerita |
20. | Fi Riabi Eidilfitr | Puan Mona Jazman | Sabtu 13/10Ahad 14/10Isnin 15/10Selasa 16/10 | Rambang@ 10′ | Program terdiri daripada Info Islamiah tentang Aidilfitri |
21. | Lambaian Kaabah | En. Zamri Zainal Abidin | Setiap HariDalam Syawal | 1810(20′) | Dalam meraikan Aidilfitri, umat Islam yang ingin menunaikan ibadat Haji mula membuat persediaan |
22. | Id Mubarak | Puan FairuzPuan Zarita | Selasa 16/10Rabu 17/10Khamis 18/10Jumaat 19/10 | 30’x4 rancangan | DJ IKIM menemubual penyumbang-penyumbang Radio IKIM mengenai mereka dengan lebih dekat lagi |