Untuk makluman para pembaca, terdapat satu kesilapan di dalam temuramah dengan Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah IKIM di dalam akhbar Berita Minggu pada 10 Disember 2006 mengatakan “dalam Al-Quran, firman Allah yang bermaksud :Mustahil ada amalan tanpa niat.
Pembetulan ini telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah IKIM sendiri, bahawasanya ini bukan satu rujukan daripada Al-Quran tetapi satu hadith sahih yang dipetik daripada Bukhari, bab satu, Kitab Bad’ al-Wahy, bermaksud “Sesungguhnya tiada amal tanpa niat.”
Harap maklum, kesilapan ini tidak disengajakan.