IKIM dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia telah menganjurkan Seminar Hari Wanita Antarabangsa 2019 bersempena Hari Wanita Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 17 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur.

IKIM dan IKRAM yakin bahawa usaha bersepadu dan penyelesaian baharu dalam pelbagai sudut interaksi kehidupan wanita adalah bertujuan untuk memartabatkan wanita bukan sahaja melalui ruang dan peluang untuk wanita berperanan dengan sebaiknya, tetapi juga bagi tujuan jaminan keselamatan, perlindungan, latihan dan pelbagai bentuk sokongan sosial
Antara objektif utama program ini adalah untuk memahami latar belakang serta perkembangan kesaksamaan gender serta kesannya kepada wanita di Malaysia; menyoroti aspirasi tema ‘Fikir Kesaksamaan, Bina dengan Kebijaksanaan, Berinovasi untuk Perubahan’ dari perspektif Maqasid Syariah, SDG dan matlamat pembangunan lestari serta konteks wanita di Malaysia; mengenalpasti sumber serta sokongan bagi meningkatkan peranan wanita ke arah berinovasi untuk perubahan dan berkongsi pandangan masyarakat dari pelbagai kelompok budaya mengenai sumbangan wanita bagi agenda perubahan transformasi Malaysia Sebagai Negara RAHMAH.