Pada 20 – 21 Februari IKIM telah menganjurkan Seminar Maqasid Al-Syari’ah & Perubahan Iklim dan telah dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seminar ini merupakan satu platform bagi perkongsian dan pendedahan kepada masyarakat berkenaan perubahan iklim yang melanda dunia hari ini serta menyaksikan kerugian yang pelbagai akibat gempa bumi, tsunami, siklon tropika, dan banjir. Kerugian tersebut dianggarkan berjumlah ratusan bilion dolar. Sehubungan itu seminar ini diadakan bertujuan untuk membahaskan kaedah interaksi manusia dengan alam berdasarkan kerangka syariah serta dapat memberikan input terhadap usaha pihak JAKIM yang membangunkan Indeks Syariah Malaysia (ISM).
IKIM berharap isu-isu penting seperti pemeliharaan alam sekitar, pengurusan bencana dan pengukuhan kesedaran untuk mencintai serta menghargai alam sekitar selain isu-isu penting lain telah dibahas dengan baik sepanjang seminar berlangsung.P rof. Madya Dr. S.Ahmad Iskandar S.Ariffin, Pengarah Eksekutif UTM telah menyampaikan ucaptama 1 yang bertajuk “Indeks Syariah Malaysia : Prasarana dan Persekitaran ke Arah Pembangunan Lestari” manakala ucapatama kedua disampaikan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dengan tajuk “Deklarasi Islam Mengenai Perubahan Iklim“.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki melawat pameran berkenaan aktiviti yang dijalankan oleh IKIM sambil diiringi oleh Ketua Pengarah IKIM.

Prof. Madya Dr. S.Ahmad Iskandar S.Ariffin, Pengarah Eksekutif UTM

Prof. Dr. Fredolin Tangang, Prof. Klimatologi & Oseanografi, UKM

Ketua Pengarah IKIM menyampaikan Deklarasi Islami Mengenai Perubahan Iklim kepada YB Menteri.

Ketua Pengarah IKIM menyampaikan cenderamata kepada En. Jaya Singam A. Rajoo, Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar & Perubahan Iklim Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar