Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), telah menganjurkan Seminar “Transformasi Belia Muslim” pada 1-3 Disember 2015, di Taman Alam, Kuala Selangor.
Seminar diadakan dengan matlamat untuk membina hala tuju hidup para Belia supaya berada pada landasan yang betul di sisi agama Islam, memberi keyakinan diri dan motivasi kepada para Belia untuk menghadapi cabaran semasa dengan mengambil contoh tokoh-tokoh ilmuan terdahulu, membina kefahaman Islam berkaitan alam sekitar sebagai amanah yang perlu dijaga dan dipelihara; dan meningkatkan tahap kesedaran berkaitan alam sekitar dan tanggungjawab bersama.
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin Ketua Pengarah IKIM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Pn. Hajah Sri Fawziah Begum Abu Bakar, Ahli Pemegang Amanah & Ketua Operasi Sekretariat Malaysia Prihatin.
Forum Bicara Ad-Deen salah satu slot pengisian program pada hari ketiga dengan tajuk “Alam Sekitar Amanah Yang Perlu Dijaga Dan Dipelihara”. Bersama barisan ahli panel iaitu YBhg. Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, En. Suhail Kamaruddin, CEO Azam Training dan Tn. Haji Faiz Othman, penyampai IKIMfm sebagai moderator.