Produksi tvIKIM yang menerbitkan video pendek bertajuk “Ammar” sempena Anugerah Pemenang Pertandingan Video Pendek 9 Pesan Luqman anjuran Kumpulan Media Karangkraf telah memenangi hadiah saguhati. Majlis telah diadakan pada 24 Januari 2018. di Auditorium Sultan Muhammad V, Bangunan Karangkraf. Penyertaan sulung daripada produksi tvIKIM ini diharapkan dapat memberikan inspirasi dan semangat untuk terus menerbitkan bahan-bahan terbitan pada masa hadapan. Tahniah diucapkan.