Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merasmikan Wacana Di Raja “Islam Agama Rahmah: Raja, Perlembagaan dan Patriotisme” anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Wacana ini dianjurkan bagi memenuhi objektif untuk mengetengahkan peranan institusi Diraja di Malaysia sebagai tunjang kepada kedaulatan dan keamanan dalam negara dari perspektif sejarah, politik, undang-undang dan kepimpinan, menjelaskan bagaimana sistem raja berperlembagaan berupaya menjadi mekanisme utama penyatuan masyarakat Malaysia dan membincangkan konsep patriotisme seiring dengan pemahaman yang jitu tentang prinsip kesetiaan kepada raja dan negara.

Wacana khas ini membicarakan tentang kepentingan memahami peranan institusi Raja Berperlembagaan di Malaysia sebagai simbol penyatuan rakyat daripada pelbagai latar belakang budaya dan agama. Ia juga membincangkan semangat kesetiaan rakyat kepada raja dan negara dalam usaha mencapai kemakmuran dan keamanan sebagai manifestasi satu semangat patriotisme yang paling utama.

Pelancaran Buku Penerbitan terbaharu IKIM “Islam dan Hubungan Antara Penganut Agama”