Sempena menyambut ulang tahun penubuhan IKIM ke-25, satu karnival telah diadakan pada 31 Mac hingga 2 April dari jam 9 pagi hingga 11 malam di IKIM. Karnival telah dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM. Pelbagai acara telah diadakan dengan objektifnya mendekatkan IKIM kepada masyarakat. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk para pengunjung karnival dan juga pendengar setia radio IKIM di mana mereka telah didedahkan dengan program di IKIMfm dan tvIKIM yang dibawakan secara langsung dari konti ke pentas.
IKIM yang telah ditubuhkan pada 18 Februari 1992 bertujuan meningkatkan kefahaman Islam dari pelbagai sudut ilmu untuk orang Islam dan bukan Islam. Pameran dan tayangan video yang menunjukkan perjalanan IKIM selama 25 tahun ini, dipaparkan selama tiga hari penganjuran karnival tersebut. Penganjuran karnival ini merupakan penghargaan dan pendorong kepada warga IKIM yang banyak menyumbang untuk kejayaan institusi serta tanda terima kasih terhadap sokongan masyarakat kepada program-program anjuran IKIM, IKIMfm dan tvIKIM.
Kemuncak karnival sambutan 25 tahun IKIM ini telah diadakan Konsert Ulang tahun ke-25 IKIM yang disiarkan secara langsung di IKIMfm dan tvIKIM. Antara artis yang turut membuat persembahan pada malam tersebut ialah Daqmie, Caliph Buskers, Rabbani dan Inteam.
Ucapan aluan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dan majlis perasmian Karnival dan penerbitan baharu IKIM oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM.
Sesi sidang media selepas majlis perasmian bersama Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM dan Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM.
Segmen Konti ke Pentas (Tarbiyyah) bersama Ustazah Norhafizah Musa.
Segmen Konti ke Pentas (Usrah Nurani) bersama Ustaz Zul Ramli M. Razali sebagai naqib.
Program Maulid@IKIM bersama Dr. Mohd. Farid Shahran dan Ustaz Iqbal Al-Jauhari.
Segmen Konti ke Pentas (Mau’izati) bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani
Pertandingan nasyid peringkat sekolah.
Pertandingan mewarna kanak-kanak dan melukis bersama Sharif Tea.
Pertandingan memasak
Pertandingan memanah
IKIM’s Got Talent
Konsert 25 Tahun IKIM
Meriah bersama maskot Didi and Friends
Acara memotong kek Ulangtahun IKIM 25 Tahun oleh Ketua Pengarah IKIM.
Di sebalik tabir