Umat Islam Mampu Kawal Permintaan, Penawaran Barang
PERDANA Menteri ketika merasmikan sambutan Hari Pengguna 2004, bulan lalu, menekankan pentingnya kita melahirkan sebuah masyarakat celik pengguna. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya menyarankan supaya kita sebagai pengguna perlu mengambil sikap lebih `cerewet’ dan membuat pilihan bijak dalam menentukan barangan serta perkhidmatan yang dibeli atau dilanggani. Ia bukan sekadar menepati keperluan dan kehendak kita,…