Konsep Bersepadu Tarik Masyarakat Imarahkan Masjid

MASJID menjadi pusat tumpuan segala kegiatan umat Islam seawal pengembangan agama Islam. Sejak pembinaan masjid pertama oleh Rasulullah SAW, Masjid Quba di kota Madinah al-Munawwarah, institusi masjid berperanan berabad-abad lamanya sebagai pusat pentadbiran, muamalah dan kebajikan. Ia juga menjadi markas pertahanan serta baitulmal. Malah masjid menjadi nadi dan tunjang utama kegiatan kemasyarakatan umat Islam di…

Bangunkan Kembali Peradaban Dirintis Rasulullah

Walaupun hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. diisytiharkan sebagai cuti umum di negara ini, sambutannya tidak berakhir pada hari tersebut semata-mata. Namun, perkara yang lebih utama untuk kita sama-sama fikirkan ialah bagaimana untuk menyemai nilai-nilai yang dipelajari daripada kisah-kisah kehidupan Rasulullah s.a.w. dalam diri kita, setelah berakhirnya segala acara sambutan Maulidur Rasul bagi sesuatu tahun tersebut?…

Selangor Model Negeri Maju Selaras Tuntutan Syariat

TANGGAL 27 Muharam 1426 Hijrah bersamaan 8 Mac 2005 adalah detik bersejarah bagi pentadbiran agama Islam di Selangor. Bersempena perasmian Bangunan Sultan Idris Shah yang menempatkan semua institusi pentadbiran agama Islam negeri, Sultan Selangor berkenan berangkat melancar dan menyerahkan Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah dan seminar ‘Selangor 2005: Model Islam Sebuah Negeri Maju’. Prosiding…

Aidiladha Tuntut Semua Umat Bersatu, Muafakat

SAMBUTAN Aidiladha menandakan sempurnanya Rukun Islam yang kelima bagi umat Islam yang cukup syarat dan berkuasa atau berkemampuan untuk mengerjakannya, iaitu ibadat haji. Menurut pendapat jumhur, ulama ibadat haji mula difardukan pada tahun ke-6 hijrah melalui firman Allah bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.…

Tsunami Menginsafkan

Walaupun fenomena bencana alam bukanlah perkara baru di negara kita, tragedi yang berlaku kali ini merupakan satu kejadian yang seolah-olah telah mengejutkan kita daripada terus dibuai `mimpi yang indah’. Secara tradisinya, Malaysia telah lama dikenali sebagai sebuah negara yang selamat disebabkan oleh faktor kedudukan geografinya yang terlindung daripada ancaman semula jadi oleh gugusan Kepulauan Melayu.…

Usah Biar Aidilfitri Jadi Perayaan Adat, Bukan Ibadat

MASYARAKAT Islam di Malaysia hendaklah sentiasa mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah. Kita juga perlu menginsafi penderitaan golongan kurang bernasib baik bukan saja di negara ini, bahkan saudara seagama di seluruh dunia yang hidup melarat, ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. Oleh itu, dalam menghadapi suasana Aidilfitri, jangan sekali-kali lupa dan lalai dengan kewajipan terhadap mereka…

Ramadan Jana Nilai Prihatin, Kasih Sayang

ALHAMDULILLAH, kita digamit lagi oleh ketibaan bulan mulia yang dinantikan oleh setiap mukmin iaitu Ramadan Al-Mubarak. Ibadat puasa difardukan oleh Allah melalui firman-Nya bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang dulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)  Puasa adalah ciri paling utama Ramadan, selain ibadat…

Persijilan Halal ‘Tiket’ Tembusi Pasaran Luar

HARI ini, genaplah 41 tahun penubuhan Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu bergabung dengan Sabah dan Sarawak untuk membentuk sebuah negara baru pada 16 September 1963. Sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, Malaysia menunjukkan perkembangan begitu pesat dalam pelbagai bidang.  Pada peringkat awal penubuhannya, ekonomi negara banyak bergantung kepada dua sumber utama yang menjadikan Malaysia terkenal…

Umat Islam Mampu Kawal Permintaan, Penawaran Barang

PERDANA Menteri ketika merasmikan sambutan Hari Pengguna 2004, bulan lalu, menekankan pentingnya kita melahirkan sebuah masyarakat celik pengguna. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya menyarankan supaya kita sebagai pengguna perlu mengambil sikap lebih `cerewet’ dan membuat pilihan bijak dalam menentukan barangan serta perkhidmatan yang dibeli atau dilanggani. Ia bukan sekadar menepati keperluan dan kehendak kita,…

Jati Diri Umat Terhakis Akibat Langgar Etika, Moral

AKHIR-AKHIR ini, kita sering dipaparkan dengan tindakan pendakwaan terhadap mereka yang didapati terbabit dalam kes salah laku, pecah amanah, penyelewengan, salah guna kuasa dan kedudukan serta rasuah. Fenomena itu dilihat sebagai tidak hanya membabitkan golongan tertentu, malah berlaku dalam kelompok masyarakat yang lebih luas tanpa mengenal batasan usia, kedudukan, pangkat, gelaran dan darjat. Ia bukan…