Galak Derma Organ

PADA 29 Oktober 1996, Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah menganjurkan seminar tentang pendermaan organ. Antara tujuannya ialah untuk memberi penjelasan serta meningkatkan kefahaman tentang kedudukan rawatan pemindahan organ dari sudut pandangan Islam. Kertas kerja seminar tersebut telah pun dibukukan dan diterbitkan pada tahun 1998 bertujuan untuk menyebarluaskan lagi maklumat dan kefahaman sebenar mengenai perkara ini.…

Amalan Perniagaan Dalam Islam

Al Quran telah menyebutkan mengenai matlamat hidup manusia iaitu untuk beribadat kepada Allah SWT(Surah az-Zaariat, ayat 56). Justeru tujuan manusia dihidupkan di dunia adalah untuk beribadat kepada Allah SWT, tetapi jangan menyempitkan makna ibadat tersebut. Ibadat bukan sahaja bermakna mengerjakan puasa, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan haji atau sebagainya, tetapi ibadat sebagaimana yang dimaksudkan di…

Anjak Pemikiran Masyarakat ke arah Pemakanan Sihat

Tabiat makan melambangkan peribadi seseorang. Sebagaimana ungkapan yang seringkali kita dengar iaitu “you are what you eat”. Namun begitu, ramai yang tidak menitikberatkan tentang hal ini. Di samping mementingkan pemakanan yang sihat dan seimbang, sebagai orang Islam, kita perlulah mendapatkan makanan yang menjadi darah daging kita daripada sumber yang halal dan bukannya sumber haram. Sepertimana…