Keselamatan Psikologi Sekolah, Psikososial dan Fizikal Adalah Sama Penting
Apabila berlaku insiden keganasan di sekolah, reaksi pertama masyarakat biasanya tertumpu kepada keselamatan fizikal. Mereka akan bertanya bagaimana senjata boleh dibawa masuk, di mana pengawal keselamatan, adakah CCTV mencukupi, dan apakah prosedur kawalan pintu masuk sekolah. Soalan-soalan ini sememangnya wajar dan penting. Namun, jika keselamatan sekolah hanya difahami sebagai isu pagar, pintu, pengawal dan kamera, kita mungkin terlepas dimensi yang lebih mendalam, iaitu keselamatan psikologi dan psikososial.

