Pemuliharaan Alam Sekitar : Bertindak Sebelum Terlambat

Sidang Iklim Copenhagen di Denmark sudahpun berakhir, namun satu langkah yang kukuh dan mantap untuk memperbaiki alam yang semakin terancam ini masih belum juga muncul.  Tujuan asal persidangan ini ialah untuk mencapai perjanjian baru mengenai pengurangan gas rumah hijau yang dianggap sebagai ancaman utama dunia masa kini selain mengumpul dana untuk bantuan teknologi hijau ke negara-negara…

Keberkatan Hidup Berteraskan Taqwa

Secara mudahnya perkataan atau konsep taqwa boleh didefinisikan sebagai pengabdian yang menyeluruh seseorang hamba kepada Tuhannya.Dari sudut kaedah al-Quran, taqwanya manusia terhadap Allah digerakkan oleh empat faktor asas iaitu takut, harap, sabar dan syukur.Takut kepada siksa Allah sekiranya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Allah; sentiasa mengharap rahmat dan nikmat Allah; sabar terhadap percubaan-percubaan yang datangnya…

Aidilfitiri, Ramadhan dan Peningkatan Diri

Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan sudahpun meninggalkan kita, bak kata pepatah yang datang pasti akan pergi. Bulan yang menjanjikan seribu macam keistimewaan itu sudah berlalu pergi dan seiring dengan itu pula kita menyambut kedatangan Aidilfitri. Kita raikan Aidilfitri dengan takbir, tasbih dan tahmid, iaitu bulan yang sering kita kaitkan dengan bulan kemenangan. Namun sepanjang menyambut…

Menggilap Erti Kemerdekaan

Walaupun sambutan kemerdekaan ke 52 kali ini tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya, namun hakikat kefahaman terhadap kemerdekaan itu sendiri tidak seharusnya diabaikan.  Rata-rata rakyat memahami bahawa wabak H1N1 yang menyerang tanahair mutakakhir ini sehingga sambutan kemerdekaan itu sendiri terpaksa diubahsuai adalah sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut.   Namun seharusnya diambil perhatian bahawa tidak memahami hakikat kemerdekaan adalah…

Sampah Di Mana Kesedaran Masyarakat?

Hidup dengan sampah memang tidak mengenakkan.  Namun, dalam kehidupan seharian kita sering diwarnai dengan beraneka jenis sampah.  Manusia membuang sampah tidak kira tempat, asalkan ada saja kesempatan.  Natijahnya sampah di mana-mana saja ada sampah, di rumah, pejabat, kedai, pasaraya, tepi parit, tepi pantai, tepi dan dalam sungai, bahkan kini manusia sudah mula pandai membuat dan membuang sampah di…

Ilmu Yang Benar Penyelamat Manusia

Di saat kita membicarakan perkembangan pesat dan keghairahan terhadap pembangunan sekarang, samada sedar atau tidak, kita sebenarnya melahirkan manusia yang bingung dan keliru, kerana semakin rancak pembangunan fizikal yang dirancang dan dilaksanakan maka semakin rancak pula keruntuhan nilai kemanusiaan yang berlaku. Namakan saja jenis keruntuhan tersebut semuanya ada dalam pembangunan masa kini. Bermula daripada institusi…

Hari Pekerja: Hari Memperlihatkan Kualiti dan kecemerlangan

Saban tahun, 1 Mei disambut sebagai Hari Pekerja, dan hari tersebut menjadi cuti umum kepada selurh rakyat di negara ini. Kebiasaannya hari ini berlalu dengan tiada apa-apa yang istimewa atau kegiatan yang memperlihatkan kehebatan seorang pekerja melainkan ianya diisi dengan bersiar-siar, membeli-belah, balik kampong atau apa-apa amalan yang lebih bersifat kekeluargaan atau kemasyarakatan. Sebenarnya alam…

Buli : Sampai Bila Kesudahannya

Perkembangan mutakhir telah memperlihatkan kepada kita akan gejala yang melanda negara kita berhubung dengan disiplin para pelajar di negara ini. Perbagai pihak telah memberikan pandangan berhubung dengan perkara ini, dan tidak kurang juga yang memberikan alasan-alasan mereka untuk melepaskan diri daripada tuduhan kegagalan mendisiplinkan para pelajar terutamanya yang berada di peringkat sekolah menengah. Apa yang…

Isu Penggunaan Kalimah Allah

Mengulas mengenai isu penggunaan kalimah Allah seperti yang digunakan oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan kita bersama. Memang telah termaktub di antara larangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia menerusi keputusan kabinet yang bertarikh 16 Mei 1986 bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan…

Islam dan Melayu Baru

Sejak dari dulu lagi sehinggalah ke hari ini kita telah banyak membicarakan tentang cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju dengan acuan kita sendiri. Semua orang bercakap tentang hal ini bermula dari Perdana Menteri hinggalah kepada kaki-kaki lepak di kedai-kedai kopi. Selain dari mendapat galakkan dan garis panduan daripada mereka yang memimpin negara ini, kita juga…