Kereta Islami?

Pagi Ahad Muncul Kembali.  Hujan Yang Bermula Malamnya Tadi Berterusan Hingga Ke Pagi Hari.  Langit Masih Mendung Berawan; Suria Mentari Sudah Tidak Kelihatan Buat Kesekian Kali Dan Hari.  Semua Itu Bukanlah Cara Yang Meriah Untuk Menyambut Ketibaan Hari Baru; Yang Pastinya, Hari-Hari Yang Seperti Itu Bukanlah Hari Yang Ceria Dan Menggirangkan. Sama Seperti Suasana Cuaca Ketika Itu, Perasaan…

Menerima Hakikat

Sepintas lalu ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2007, Perdana Menteri telah meminta semua pemimpin kerajaannya supaya mencerminkan perkara sebenar kepadanya walaupun ia mungkin sesuatu yang sukar untuk diterima, dan bahawa beliau bersedia untuk mendengarnya. Bagi saya, seruan ini ialah suatu yang agak memeranjatkan kerana ia seolah-olah menyatakan bahawa sebelum ini, perkara sebenar tidak…

Ulasan Ringkas Terhadap Andaian-andaian Aristotle dan Copernicus berkenaan Pergerakan Planet

Bersempena dengan pelancaran angkasawan Negara, saya telah menyediakan ulasan ringkas ini untuk tatapan para pembaca. Sehubungan dengan itu, kami telah menulis bahawa pemisahan ilmu kepada usaha-usaha yang menggunakan kaedah ilmiah dan yang tidak menggunakannya adalah merupakan fenomena moden. Ianya muncul di Barat dengan kemunculan sains tabii pada kurun ke-16. Dengan kejayaan para ilmuwan (scientists) membebaskan…

Tegur pemikiran, bukan peribadi

Tidak berapa lama dahulu, saya dimaklumkan oleh seorang kenalan rapat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima beberapa aduan daripada orang-orang tertentu berkenaan apa yang dianggap teguran saya terhadap pihak yang digelar ‘ulama’ berikutan penyiaran makalah saya “Mengubah Minda Melayu” (Mingguan Malaysia, 15 April 2007). Nampaknya teguran-teguran yang terkandung dalam makalah itu dianggap…

Sejarah Ringkas Ilmu Mantiq

Setiap manusia telah diberikan keupayaan berfikir yang berkembang sejajar dengan pertumbuhan jasmani dan akali. Keupayaan berfikir ini mempunyai berbagai bentuk bergantung kepada tahap-tahap pertumbuhan yang berlainan. Pemikiran seseorang dibentuk oleh persekitarannya dan ini dapat dilihat pada rupa bentuk dan kaedah yang tertentu. Dengan kesungguhan seseorang berupaya membina pemikirannya menjadi matang dan bernas sehingga mengatasi pemikiran…

Menelusuri Faham Negara Islam

Melihat kepada perkembangan dunia kebelakangan ini, usaha-usaha yang bersungguh-sungguh telah dilakukan untuk menilai semula sebahagian faham-faham falsafah yang asasi. Kita merasa terpanggil untuk mengenalpasti sekiranya usaha-usaha berkenaan telah tidak memenuhi piawaian ilmu yang tulen sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh takrif, sehingga mengakibatkan kekeliruan, salah tanggap, salah faham dan percanggahan; ataupun usaha-usaha berkenaan telahpun diberikan…

Imbasan Rihlah ke Tanah Suci

SEPINTAS lalu, kerajaan Arab Saudi telah menjemput sekumpulan 23 orang rakyat Malaysia ke Tanah Suci Mekah untuk melengkapkan umrah sambil melawat institusi-institusi pengajian tinggi, pejabat mufti, pusat- pusat Islam dan Bank Pembangunan Islam. Kumpulan tersebut terdiri daripada seorang pegawai kerajaan Arab Saudi, golongan profesor, para mufti, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, penasihat agama, pendakwah dan ahli-ahli…

Who Speaks on Behalf of Islam?

Just one year after the tragic events of 9/11 a dialogue was held in Granada, Spain. It was the inaugural meeting which sought to bring together the different ideologies under a programme entitled Dialogues: Islamic World–US–the West. The programme itself was conceived in the aftermath of 9/11 to entertain discussions concerning the relationship between Islam…

Sains Dimajukan Melalui Pemerkasan Akal Fikiran Dan Bahasa Umat Islam

Sekiranya kita menyelidik kegiatan sains pada zaman yang lampau,[1] bolehlah dikatakan bahawa kesemua kegiatan tersebut adalah usaha untuk memahami alam ini secara yang tertib dalam satu sistem. Oleh kerana itu, sekiranya kita menanggapi sains sebagai sejenis pengetahuan yang mengkaji sistem-sistem tersebut, sains akan tertakrif sebagai ilmu mengenai sistem-sistem (a science of systems). Sekiranya kita mempertimbangkan fakta bahawa…