Kemalangan Kenderaan Awam: Pengurusan Risiko Proaktif Membantu Pendekatan Reaktif

Kemalangan kenderaan awam khasnya bas ekspres mendapat liputan besar dalam media massa negara kita.  Ini kerana impak daripada kemalangan yang berlaku sudah tentu melibatkan masyarakat awam dalam bilangan yang ramai sama ada kematian atau kecederaan. Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan kemalangan bas ekspres di kilometer 116, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)…

Kematian Satu Hakikat Yang Sering Dilupakan

Saban hari kita disogokkan dengan berita kematian.  Kematian yang berlaku berpunca dari pelbagai sebab-musabab. Di antaranya melalui proses penuaan, sakit dan kemalangan.  Kematian akibat kemalangan khasnya merupakan satu kejadian kehilangan mengejut yang banyak meninggalkan kesan secara tiba-tiba kepada waris khasnya dan masyarakat amnya.  Kematian sebenarnya memberi keinsafan kepada kita apatah lagi yang melibatkan waris, rakan…

Kesejahteraan Dalam Kehidupan Masyarakat Majmuk

Dalam negara yang mempunyai masyarakat majmuk pelbagai bangsa, orang Islam dan bukan Islam, mencari kesejahteraan dalam hidup bermasyarakat adalah asas utama dan menjadi satu tuntutan besar.  Ini kerana kehidupan tanpa hubungan baik akan membawa kepada ketidakstabilan dalam sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara.  Dengan itu, setiap pihak perlu mempunyai sikap intergrasi yang positif dengan yang lain…

Azam dan Tindakan Perlu Seiring

Pada awal tahun kebanyakan kita masing-masing bertekad mahu melakukan sesuatu yang positif sempena kedatangan tahun baharu.  Pengalaman yang lalu khasnya pada tahun sebelumnya menjadi ukuran untuk membina satu tekad baharu.  Inilah yang dikatakan azam. Azam sebenarya tidak mengira masa dan tempat.  Setiap perkara yang manusia ingin mencapai sebenarnya elok dimulakan dengan satu azam ke arah…

Mengurus Risiko Perpecahan Umat Melalui Teladan Hijrah

Alhamdulillah, kita menyambut lagi Maal Hijrah tahun 1435 Hijriah bersamaan 2013 Masihi.  Sebagai manusia yang perlu diperingatkan dari masa ke semasa, sambutan Maal Hijrah menjadi wadah mengingati peristiwa hijrah nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah yang sudah tentu menjadi teladan sepanjang masa kepada umat Islam.  Penghijrahan nabi SAW telah menjadikan umat Islam pada ketika…

Mengurus Ketirisan Dalam Perbelanjaan Melalui Sifat Siddiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh

Setiap kita akan berbelanja untuk memenuhi keperluan masing-masing.   Daripada peringkat individu sehinggalah kepada organisasi, masing-masing menggunakan wang ringgit untuk tujuan ini.  Sudah tentu mereka akan berhati-hati untuk membeli keperluan dengan harga berpatutan dan mempunyai kualiti yang baik.  Ada yang menggunakan pihak kedua untuk memperolehi keperluan mereka.  Majikan menggunakan pekerjanya dalam membuat perolehan organisasi. Bagi individu,…

Mengurus Risiko Sebelum Kemalangan Jalanraya Tuntutan Maqasid Syariah

Statistik kemalangan jalanraya di negara kita sentiasa bertambah dari tahun ke tahun.  Statistik yang dikeluarkan pihak berkuasa menjadi bukti kepada fenomena ini. Di negeri Selangor yang mempunyai kadar kesibukan penggunaan jalanraya yang tinggi di Malaysia, statistik pada tahun 2009 menunjukkan berlaku 100,380 kemalangan, dengan peningkatan 7,049 kemalangan pada tahun 2010, 8,136 kemalangan pada tahun 2011…

Al-Quran, Teladan Kepada Semua

Kitab al-Quran merupakan mukjizat nabi Muhammad SAW yang menjadi sumber rujukan manusia mencari keredaan Allah SWT di dunia sehingga mereka berjaya di akhirat kelak.  Al-Quran ialah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada nabi Muhammad SAW.  Kita menerima al-Quran secara mutawatir dan membacanya dikira sebagai ibadah.  Teladan membawa erti melakukan sesuatu perbuatan dan lain-lain peristiwa yang…

Hikmah: Satu Sifat Didokong Bukan Dipinggirkan

Individu, kelompok masyarakat masing-masing ingin idea atau kehendak mereka didengari dan seterusnya diperakukan dan dituruti oleh orang lain.  Sebagai contoh seorang bapa sudah tentu ingin anaknya menuruti kehendak beliau.  Sudah tentu sebagai bapa maka banyak perkara yang ingin diberikan kepada si anak.  Maka patuh dan taat dengan kehendak si bapa merupakan satu kelebihan kepada anak…

Tolong-Menolong Untuk Kesatuan Ummah

Individu dalam masyarakat masing-masing mempunyai pandangan dan citarasa yang berbeza dalam aspek kehidupan harian mereka.  Walaupun rambut sama hitam tetapi hati lain-lain.  Bahkan pasangan kembar pun walaupun nampak sama tetapi mempunyai perbezaan tertentu sehingga kita boleh mengenali di antara satu dengan yang lain.  Perbezaan yang ada merupakan satu anugerah Allah SWT yang merupakan sunnah kehidupan…